Friday, November 22, 2019
Wednesday, November 20, 2019
ADJUSTABLE CAM GEAR
Untuk model fx125 dan juga fxr150(untuk pengetahuan model fxr150 ini banyak share engine parts dgn fx125) agak sukar untuk mendapatkan adjustable cam gear ini maka jalan terbaik kenalah tempah di machine shop, walau bagaimana pun, orang machine shop kata benda ni sangat keras, mata utk memotong sangat mahal, kalau patah lagi banyak hal..😁 Jadi kenalah buat sendiri, ada kawan cakap boleh potong guna diamond burr, kerana lambat dapat pembelian yg jenis itu saya beli jenis tungsten burr yg sudah tersedia di kedai hardware, made in England kot, kena gak rm60 sebiji. Dengan harga ni dah dapat buat lonjongkan 1 lubang, tp dalam 1 camshaft ada 2 lubang, bererti 1 enjin DOHC semuanya harus ada 4 lubang. Kalau ikut kiraan kosnya rm60x4 = rm240, harga merepek ni..maka tunggulah pembelian diamond burr tu sbb ada orang kata diamond burr 💯 kali lebih baik dari tungsten burr, entah la betul ke tidak..🤔
Dalam gambar di atas tu yang dah siap ialah cam gear belang R, bezanya dengan gear fx125 ialah ketebalannya kerana timing chain belang R lagi halus dari fx125. Ada baiknya guna yang ini kerana ia sudah tersedia di pasaran dan murah pula tu. Bayangkan harga 1 pemotong di engineering shop boleh beli 6 adjustable cam gear belang R yang dah complete siap..! Ini satu adalah option baik untuk fx125 lagi pun racing cam belang R juga banyak di pasaran sekarang. Cuma ketahanan bahan agak berbeza antara fx125 dan belang R. Nanti saya cerita apa parts yang kita perlu untuk aplikasi adjustable cam gear belang dalam fx125.......bersambung
Hi kita berjumpa lagi..dh 10thun agaknya sejak post terdahulu, tapi modifikasi masih ON ye kwn² semua. Skrg dh masuk injection tp Suzuki Msia xlyn pn injection Belang ni. Tak pe la...dulu mods cuma big bore dan jack rod dan semestinya porting job tp camshaft upgrade pn ada cuma karekter camshaft tu x dpt di nilai, biasalah beli dgn apek, you ambil ni hi-cam pasang je msti power😁. Skrg mmg racing cam dh bersepah dan murah tp masih xde detail pn at least duration brape. Setelah belajar sikit² pasal degree wheel ni baru dpt tau cam yg di beli 10 thun dlu tu 260/270. Aduii.. dlu ada gak main injin kereta sr20 saya pn pkai 272/272, bertapa rendahnya duration cam moto ni.. tp xpe ape yg lebih bermenafaat ialah pengetahuan menggunakan degree wheel ni kerana dengan pengukuran dan pengiraan secara terperinci, kita dapat tau berapa degree nak advance atau retard sesuatu camshaft tersebut. Dulu ikut rasa² nk advance ke retard, yg payah sangat tu camshaft ada dua..jenuh nk buka cam cover setiap kali nk adjust..lagi² cam cover sr20, skrunya byk tu...
Ok.. until next time.☺️
Friday, November 14, 2008
Moto Kapchai Suzuki fx125

Mencari motor tua sebegini agak memeranjatkan kerana harganya sudah melambung tinggi
Membeli motosikal melalui kedai ada baiknya, contohnya motor sudah siap dibaiki semula dan dia akan bereskan urusan tukar nama tapi contra nya pula, kena bayar lebih sikit...tp tak ape lah saya tak dapat yang rm1k dan bukan rm2k tapi rm3k, jadi la, janji fx125......fixxer terus ...........yahoo!
Spesifikasi Suzuki Cup Fx125 ehsan dpd MBC

DIMENSION AND DRY MASS
Overall length: 1955mm (77.0 in.)
Overall width: 680mm(26.8 in.)
Overvall height: 1080mm (42.5 in)
Wheelbase: 1275mm (50.2 in.)
Seat height: 760mm (29.9 in.)
Ground clearance: 145mm (5.7 in.)
Dry mass: 104kg (229 lbs.)
ENGINE
Type: Four-Stroke, Oil-cooled, DOHC, TSCC
Number of cylinders: 1
Bore: 57.0mm (2244 in.)
Stroke: 48.8mm (1.921 in.)
Displacement: 124.5(sm) (7.6 cu. in.)
Corrected compression ratio: 10.4:1
Carburetor: MIKUNI BS26SS
Air cleaner: Polyurethane foam element
Starter system: Electric and Kick
Lubrication: Wet sumpTRANSMISSION
Clutch: Wet multi-plate type
Transmission: 5-speed constant mesh
Gearshift pattern: 1 down 4 up
Primary reduction ratio: 3.500 (70/20)
Final reduction ratio: 3.071 (43/14)
Gear ratios, Low: 2.750 (33/12)2nd: 1.785 (25/14)3nd: 1.368 (26/19)4th: 1.095 (23/21)5th: 0.913 (21/23)
Drive chain: D.I.D. 428DS, 122 links
CHASSIS
Front suspension: Telescopic, coil spring, oil damped
Rear suspension: Swinging arm, coil spring, oil damped
Steering angle: 45 degrees (right & left)
Caster: 24 degrees 45 degrees
Trail: 60mm (2.36 in.)
Turning radius: 2.6m (6.6ft)
Front brake: Disk brake
Rear brake: Drum brake
Front tire size: 70/90 - 17 38P, tube
Rear tire size: 80/90 - 17 44P, tube
ELECTRICAL
Ignition type: Digital DC-CDI
Ignition timing: 5 degree B.T.D.C. at 1500 r/min
Spark plug: NGK CR8E or DENSO U24ERS-N
Battery: 12V 14.4kC (4Ah)/10 HR
Generator: Flywheel magneto
Fuse: 20AHeadlight: 12V 30/30W
Turn signal light: 12V 10W
Brake light/taillight: 12V 18/5W
Speedometer light: 12V 1.7W
Turn signal indicator light: 12V 1.7W
Neutral indicator light: 12V 1.7W
High beam indicator light: 12V 1.7W
CAPACITIES
Fuel tank: 4.6 L (1.2/1.0 US/lmp gal)
Engine oil, without filter change: 1000ml (1.1/0.9 US/lmp qt)with filter change: 1200ml (1.3/1.1 US/lmp qt)
Front suspension oil (each fork): 55ml (2.2/1.9 US/lmp oz)”
Motor ni akan menjadi salah satu lagenda seperti LC350 di suatu hari nanti kerana keunikan dan persembahan daripada Suzuki meyerlahkan sepenuh teknologi injin yang paling terkini walaupun telah dilancarkan lebih 10 tahun yang lalu namun sudah ada teknologi DOCH yang juga ada pada kebanyakan Superbike terkini dan sehingga kini belum ada motor cub di Malaysia berani mewujudkan sistem ini. DOHC ini adalah sistem camshaft berkembar yang mana satu daripadanya akan mengawal 2 injap intake dan yang satu lagi akan mengawal 2 injap exzos. Sistem pengawalan berasingan seperti ini akan memberikan flexibility untuk penalaan sistem injin yang lebih sempurna. Oleh itu kuasa maksimum dan penjimatan bahanapi mudah dicapai. Satu perkara lagi yang saya sanjung terhadap fx125 ini ialah kestabilan chasisnya untuk merempuh jalan berliku-liku, tidak seperti motor pesaing yang terdekat, fx125 akan mudah dibaringkan di setiap lipat U sekalipun sambil riang memerah throttle hingga redline.

Saya bukan pelumba trek ataupun mat rempit tapi dengan pengalaman saya memiliki beberapa motorsikal sebelum ini dan saya dapat merasa dan membezakan kelebihan yang ketara pada motorsikal kecil ini. Motor pertama saya pada usia remaja ialah sebuah Honda GL100,kemudian di awal 20an dapat Honda Raider 135, seterusnya Kawasaki KRZ150, Suzuki RG110, Kawasaki ZXR250, TLR200 dan sebuah skuter Comel. Dalam banyak-banyak motor di atas, skuter Comel adalah yang paling tak comel kerana saya pakai 4 bulan dan dia tidur 4 tahun, mujurlah saya berjumpa dengan seorang apek di Alam Megah, Shah Alam yang memang cukup sabar dengan perangai motor buatan China ini, dia menyiapkan Comel yang kondem tu dengan kos sebanyak rm500 sahaja. Tak sampai sebulan, ia jadi comot lagi, kali ini injinnya semput, tak mau lari,apek dapat tuning sikit tapi masalahnya mudah datang kembali,lagi-lagi dimasa hujan, malez le aku, dengan pemilikan Comel ini rasanya saya macam tak menunggang motor selama 5 tahun, sehingga Fx125 muncul barulah merasa macam dalam filem rempit...hu..hu..

Fx125 ni tak de la laju macam ZXR atau pun tak seperti pecutan KRZ yang pernah saya 'bikin' dulu tapi saya rasa dia ada potensi yang cukup sekadar hendak menghirup udara kotor di Lembah Kelang ni sambil mengaibkan cub-cub yang dibangga-banggakan sangat oleh mat-mat rempit. Setakat ini belum ada projek untuk membelek2 motor ini sebab saya sibuk dengan upgrading LancerSR20DET milik saya yang bakal menerima bahan-bahan overdose 500hp untuk saya boleh berjinak-jinak kepada Sepang Drag Battle. Moga-moga ia akan merintis kepada dunia motorsport , jauh sekali untuk memenagi perlumbaan tapi lebih kepada menimba ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, saya ada idea untuknya.....nah saya kongsikan bersama........
UPGRADE UNTUK myFX125
Upgrade CC: bore maximum akan menjadikannya 147@150cc ataupun tukar je blok 150 dan rebore lagi, dapat 175 tak????
High Cam: melebarkan sedikit sebanyak powerband
Upgrade spark: MSD kata 46kV tapi yang moto punya boleh sampai 65KV, betul tak betul aku cuba dulu.Mungkin juga mennimbangkan CDI boleh laras.
Upgrade Fueling: any flat slide will do...ni biasa dalam upgrade power dan yg penting jetting kit kena sedia dulu
Tebuk exzos: Tebuk ke? tukar pun ok, yang ni penting untuk lega kan pernafasan injin

Sebelum apa-apa klac plet dah tunjuk malas, terpaksalah saya melawat kedai sparepart Honlid kat OKR tapi dia cuma ada FCC sahaja dan ini memaksa saya menemui En. Rosli kat Suzuki Glenmarie untuk mendapatkan parts SGP(Suzuki Genuine Parts). Kebetulan pula batang folk depan dah berkarat, kenalah beli sekali...tengok kat gambar tu...barang ori ni boleh tahan lebih dpd local or buatan negara jiran , tu la sebab elok pakai motot Suzuki, barang banyak oem Japan. Motor-motor lain mana buleh dapat, asyik2 dapat barang ori tapi dari negara jiran punya...
SGP Inner tube & oil seal dapat RM195
Ni pula helmet anak saya, kena beli yang ada cop sirim sebab kat TV dah cakap, lagi pun budak2
saya ni tau aje nak bertanya, helmet ni mana sirimnye Ayah? Susah pulak nak cari dia ni, banyak kedai jual helmet mainan aje,ultraman la..mcm2 man la...yang ni dapat RM40 aje.
Kat negara jiran, model abang2 kepada fx125 namanya Satria FU150 dan

Di Malaysia, akan masuk pada tahun 2009, tunggu aje lah, hebat gak ...
Ada sket video, mari la tengok!
Klawang Ride 240208 Stage 3 - Onboard Eris Fx125
Uploaded by Effy14
Thursday, November 13, 2008
Klac slip


Ini menunjukkan rupa kotak gear, ada lima keping kesemuanya.

Penutup Oil filter sudah dibuka dan perlu di tukar.

Oil filter dari VS125 juga boleh digunakan dalam FX125. Boleh di dapati di kebanyakan kedai alat ganti motorsikal dengan harga RM8.

Set gasket untuk FX125 dari Honlid, OKR berharga RM20
Karburator flatslide Uma Racing
