Sunday, February 14, 2016

Parts diagram terpilih untuk Suzuki FXR150
Credit kpd Tn Rosli



















Friday, November 14, 2008

Moto Kapchai Suzuki fx125

Ini adalah sebuah motor cub suzuki yang sudah berusia lebih 10 tahun yang bakal saya lenjan untuk dibuat sebagai pengangkutan ke tempat kerja di kawasan lembah kelang yang semua orang dah tahu, kesesakan jalan raya boleh buat hati panas, paling tidak pun suam-suam. Kalau kurang ilmu sabar boleh jadi gaduh sesama pengguna jalan raya. Bayangkanlah ada beratus ribu kenderaan bergerak di lembah kelang pada satu masa terutamanya pagi semasa semua orang berpusu-pusu untuk ke tempat kerja dan balik ketika petang.









Mencari motor tua sebegini agak memeranjatkan kerana harganya sudah melambung tinggi sehingga rm4500 untuk yang berkeadaan standard. Sepatutnya semakin tua usianya, semakin murah nilainya. Saya agak terkejut apabila di beritahu oleh seorang taukeh kedai di Sg.Way, PJ, bahawa harga sebuah motor yang beliau tawarkan mencapai rm5800 ! "Ini bukan sama macam motor lain, ini ada twin cam, lagi 6 speed, cc sudah naik, lu ingat boleh cari ratus2 punya ah! ini ah, dua biji moto jadi satu ah!" kata si apek kat kedai moto. Dia agak terkilan juga bila respon saya macam orang kurang arif pasal moto tu, saya bersahaja nak tunjuk tak tau, kot-kot dia bagi jual murah sehigga rm1k..hu..hu..
Membeli motosikal melalui kedai ada baiknya, contohnya motor sudah siap dibaiki semula dan dia akan bereskan urusan tukar nama tapi contra nya pula, kena bayar lebih sikit...tp tak ape lah saya tak dapat yang rm1k dan bukan rm2k tapi rm3k, jadi la, janji fx125......fixxer terus ...........yahoo!





Spesifikasi Suzuki Cup Fx125 ehsan dpd MBC




DIMENSION AND DRY MASS


Overall length: 1955mm (77.0 in.)

Overall width: 680mm(26.8 in.)

Overvall height: 1080mm (42.5 in)

Wheelbase: 1275mm (50.2 in.)

Seat height: 760mm (29.9 in.)

Ground clearance: 145mm (5.7 in.)

Dry mass: 104kg (229 lbs.)

ENGINE



Type: Four-Stroke, Oil-cooled, DOHC, TSCC

Number of cylinders: 1

Bore: 57.0mm (2244 in.)

Stroke: 48.8mm (1.921 in.)

Displacement: 124.5(sm) (7.6 cu. in.)

Corrected compression ratio: 10.4:1

Carburetor: MIKUNI BS26SS

Air cleaner: Polyurethane foam element

Starter system: Electric and Kick

Lubrication: Wet sumpTRANSMISSION

Clutch: Wet multi-plate type

Transmission: 5-speed constant mesh

Gearshift pattern: 1 down 4 up

Primary reduction ratio: 3.500 (70/20)

Final reduction ratio: 3.071 (43/14)

Gear ratios, Low: 2.750 (33/12)2nd: 1.785 (25/14)3nd: 1.368 (26/19)4th: 1.095 (23/21)5th: 0.913 (21/23)

Drive chain: D.I.D. 428DS, 122 links

CHASSIS


Front suspension: Telescopic, coil spring, oil damped

Rear suspension: Swinging arm, coil spring, oil damped

Steering angle: 45 degrees (right & left)

Caster: 24 degrees 45 degrees

Trail: 60mm (2.36 in.)

Turning radius: 2.6m (6.6ft)

Front brake: Disk brake

Rear brake: Drum brake

Front tire size: 70/90 - 17 38P, tube

Rear tire size: 80/90 - 17 44P, tube

ELECTRICAL



Ignition type: Digital DC-CDI

Ignition timing: 5 degree B.T.D.C. at 1500 r/min

Spark plug: NGK CR8E or DENSO U24ERS-N

Battery: 12V 14.4kC (4Ah)/10 HR

Generator: Flywheel magneto

Fuse: 20AHeadlight: 12V 30/30W

Turn signal light: 12V 10W

Brake light/taillight: 12V 18/5W

Speedometer light: 12V 1.7W

Turn signal indicator light: 12V 1.7W

Neutral indicator light: 12V 1.7W

High beam indicator light: 12V 1.7W

CAPACITIES



Fuel tank: 4.6 L (1.2/1.0 US/lmp gal)

Engine oil, without filter change: 1000ml (1.1/0.9 US/lmp qt)with filter change: 1200ml (1.3/1.1 US/lmp qt)

Front suspension oil (each fork): 55ml (2.2/1.9 US/lmp oz)”


















Motor ni akan menjadi salah satu lagenda seperti LC350 di suatu hari nanti kerana keunikan dan persembahan daripada Suzuki meyerlahkan sepenuh teknologi injin yang paling terkini walaupun telah dilancarkan lebih 10 tahun yang lalu namun sudah ada teknologi DOCH yang juga ada pada kebanyakan Superbike terkini dan sehingga kini belum ada motor cub di Malaysia berani mewujudkan sistem ini. DOHC ini adalah sistem camshaft berkembar yang mana satu daripadanya akan mengawal 2 injap intake dan yang satu lagi akan mengawal 2 injap exzos. Sistem pengawalan berasingan seperti ini akan memberikan flexibility untuk penalaan sistem injin yang lebih sempurna. Oleh itu kuasa maksimum dan penjimatan bahanapi mudah dicapai. Satu perkara lagi yang saya sanjung terhadap fx125 ini ialah kestabilan chasisnya untuk merempuh jalan berliku-liku, tidak seperti motor pesaing yang terdekat, fx125 akan mudah dibaringkan di setiap lipat U sekalipun sambil riang memerah throttle hingga redline.













Saya bukan pelumba trek ataupun mat rempit tapi dengan pengalaman saya memiliki beberapa motorsikal sebelum ini dan saya dapat merasa dan membezakan kelebihan yang ketara pada motorsikal kecil ini. Motor pertama saya pada usia remaja ialah sebuah Honda GL100,kemudian di awal 20an dapat Honda Raider 135, seterusnya Kawasaki KRZ150, Suzuki RG110, Kawasaki ZXR250, TLR200 dan sebuah skuter Comel. Dalam banyak-banyak motor di atas, skuter Comel adalah yang paling tak comel kerana saya pakai 4 bulan dan dia tidur 4 tahun, mujurlah saya berjumpa dengan seorang apek di Alam Megah, Shah Alam yang memang cukup sabar dengan perangai motor buatan China ini, dia menyiapkan Comel yang kondem tu dengan kos sebanyak rm500 sahaja. Tak sampai sebulan, ia jadi comot lagi, kali ini injinnya semput, tak mau lari,apek dapat tuning sikit tapi masalahnya mudah datang kembali,lagi-lagi dimasa hujan, malez le aku, dengan pemilikan Comel ini rasanya saya macam tak menunggang motor selama 5 tahun, sehingga Fx125 muncul barulah merasa macam dalam filem rempit...hu..hu..











Fx125 ni tak de la laju macam ZXR atau pun tak seperti pecutan KRZ yang pernah saya 'bikin' dulu tapi saya rasa dia ada potensi yang cukup sekadar hendak menghirup udara kotor di Lembah Kelang ni sambil mengaibkan cub-cub yang dibangga-banggakan sangat oleh mat-mat rempit. Setakat ini belum ada projek untuk membelek2 motor ini sebab saya sibuk dengan upgrading LancerSR20DET milik saya yang bakal menerima bahan-bahan overdose 500hp untuk saya boleh berjinak-jinak kepada Sepang Drag Battle. Moga-moga ia akan merintis kepada dunia motorsport , jauh sekali untuk memenagi perlumbaan tapi lebih kepada menimba ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, saya ada idea untuknya.....nah saya kongsikan bersama........





UPGRADE UNTUK myFX125




Upgrade CC: bore maximum akan menjadikannya 147@150cc ataupun tukar je blok 150 dan rebore lagi, dapat 175 tak????

















High Cam: melebarkan sedikit sebanyak powerband























Upgrade spark: MSD kata 46kV tapi yang moto punya boleh sampai 65KV, betul tak betul aku cuba dulu.Mungkin juga mennimbangkan CDI boleh laras.























Upgrade Fueling: any flat slide will do...ni biasa dalam upgrade power dan yg penting jetting kit kena sedia dulu










Tebuk exzos: Tebuk ke? tukar pun ok, yang ni penting untuk lega kan pernafasan injin


















Sebelum apa-apa klac plet dah tunjuk malas, terpaksalah saya melawat kedai sparepart Honlid kat OKR tapi dia cuma ada FCC sahaja dan ini memaksa saya menemui En. Rosli kat Suzuki Glenmarie untuk mendapatkan parts SGP(Suzuki Genuine Parts). Kebetulan pula batang folk depan dah berkarat, kenalah beli sekali...tengok kat gambar tu...barang ori ni boleh tahan lebih dpd local or buatan negara jiran , tu la sebab elok pakai motot Suzuki, barang banyak oem Japan. Motor-motor lain mana buleh dapat, asyik2 dapat barang ori tapi dari negara jiran punya...

Set Klac SGP RM170 daripada model TXR

SGP Inner tube & oil seal dapat RM195






Ni pula helmet anak saya, kena beli yang ada cop sirim sebab kat TV dah cakap, lagi pun budak2







saya ni tau aje nak bertanya, helmet ni mana sirimnye Ayah? Susah pulak nak cari dia ni, banyak kedai jual helmet mainan aje,ultraman la..mcm2 man la...yang ni dapat RM40 aje.



















Kat negara jiran, model abang2 kepada fx125 namanya Satria FU150 dan




satu lagi Raider 150
















Di Malaysia, akan masuk pada tahun 2009, tunggu aje lah, hebat gak ...













Ada sket video, mari la tengok!

















































Klawang Ride 240208 Stage 3 - Onboard Eris Fx125
Uploaded by Effy14





















































Thursday, November 13, 2008

Klac slip




Klac dah meraung semasa penukaran gear nyata menunjukkan klac dah haus. Gambar di sebelah menunjukkan penutup sisi di bahagian kanan injin yang memuatkan kotak gear sudah dibuka.









Ini menunjukkan rupa kotak gear, ada lima keping kesemuanya.

















Penutup Oil filter sudah dibuka dan perlu di tukar.






Oil filter dari VS125 juga boleh digunakan dalam FX125. Boleh di dapati di kebanyakan kedai alat ganti motorsikal dengan harga RM8.










Set gasket untuk FX125 dari Honlid, OKR berharga RM20







Klac lama yang telah haus.








Setelah selesai menukar klac, minyak 4T SAE 15W-40 dari Shell Advance telah memberikan kesan yang menakjubkan kepada kelancaran penukaran gear dan mudah untuk mengalihkan ke free gear ketika berada di traffic light. Harganya begitu murah sekali, RM16.







Walaupun demikian, minyak fully syenthetic Agip SAE 5W-40 tetap akan jadi pilihan setelah big bore kit dan hi-cam dipasang sedikit masa lagi. Minyak ini diperolehi dpd sdr Azwan(MBC) dengan harga RM39 sahaja.













































Karburator flatslide Uma Racing


Karburator ini popular dikalangan penggemar performance cub kerana boleh menghasilkan kuasa yang diidam-idamkan dan juga mudah untuk ditala.
Saya telah memilih Uma Racing 28mm kerana harganya yang murah, cuma rm250 sahaja tapi ia bukanlah yang terbaik kerana saya syak ini adalah hasil pengklonan karburator keihin. Keihin tulin boleh didapati dipasaran dengan 3 kali harga ini. Antara kehebatan karburator ini adalah kecekapannya dalam membentuk campuran petrol dan udara yang disebabkan bentuknya yang leper dan satu lagi ialah kehadiran power jet yang tidak terdapat di dalam karburator stock.



Wednesday, November 12, 2008

Andrion Series Coil dari XP Ignition




Saya yakin spark yang kuat banyak membantu dalam pembakaran yang sempurna di dalam 'combustion chamber' dan dengan itu saya memilih Andrion Coil yang mampu mengeluarkan voltan setinggi 65,000 volt. Sebagai perbandingan, MSD coil hanya mengeluarkan 45,000volt yang terkenal dalam produk yang sama tetapi lebih kepada injin kereta.






Kod model ini ialah CMC 2A. Ianya mampu memberikan pembakaran yang lengkap dalam injin dan seterusnya menghasilkan tenaga maksimum sambil menjimatkan penggunaan bahanapi.








Coil yang lama hanya layak disimpan sebagai spare part!












Coil Andrion Series dari XP Ignition boleh didapati dengan harga RM100 daripada member MBC, Tengku Eris.













Untuk menyempurnakan pembakaran yang meyakinkan, alat ganti tulin CR8E dari NGK digunakan, cuma RM10 dari Honlid, OKR. Hari ini saya dapat satu rumusan bahawa dengan penggunaan Coil Andrion ini, proses menghidupkan injin begitu senang sekali, cuma tekan butang starter sikit, sudah boleh menghidupkan injin. Tentang performance injin, saya belum boleh memberi komen cuma yang nyata FX125 ini lembab dari segi pecutan tetapi bila anda sudah berada dalam top gear, power akan terasa mantap terutamanya kalau berada di lebuhraya, dengan mudah akan meninggalkan pesaing-pesaing cub yang terdekat.