Friday, November 14, 2008

Moto Kapchai Suzuki fx125

Ini adalah sebuah motor cub suzuki yang sudah berusia lebih 10 tahun yang bakal saya lenjan untuk dibuat sebagai pengangkutan ke tempat kerja di kawasan lembah kelang yang semua orang dah tahu, kesesakan jalan raya boleh buat hati panas, paling tidak pun suam-suam. Kalau kurang ilmu sabar boleh jadi gaduh sesama pengguna jalan raya. Bayangkanlah ada beratus ribu kenderaan bergerak di lembah kelang pada satu masa terutamanya pagi semasa semua orang berpusu-pusu untuk ke tempat kerja dan balik ketika petang.









Mencari motor tua sebegini agak memeranjatkan kerana harganya sudah melambung tinggi sehingga rm4500 untuk yang berkeadaan standard. Sepatutnya semakin tua usianya, semakin murah nilainya. Saya agak terkejut apabila di beritahu oleh seorang taukeh kedai di Sg.Way, PJ, bahawa harga sebuah motor yang beliau tawarkan mencapai rm5800 ! "Ini bukan sama macam motor lain, ini ada twin cam, lagi 6 speed, cc sudah naik, lu ingat boleh cari ratus2 punya ah! ini ah, dua biji moto jadi satu ah!" kata si apek kat kedai moto. Dia agak terkilan juga bila respon saya macam orang kurang arif pasal moto tu, saya bersahaja nak tunjuk tak tau, kot-kot dia bagi jual murah sehigga rm1k..hu..hu..
Membeli motosikal melalui kedai ada baiknya, contohnya motor sudah siap dibaiki semula dan dia akan bereskan urusan tukar nama tapi contra nya pula, kena bayar lebih sikit...tp tak ape lah saya tak dapat yang rm1k dan bukan rm2k tapi rm3k, jadi la, janji fx125......fixxer terus ...........yahoo!





Spesifikasi Suzuki Cup Fx125 ehsan dpd MBC




DIMENSION AND DRY MASS


Overall length: 1955mm (77.0 in.)

Overall width: 680mm(26.8 in.)

Overvall height: 1080mm (42.5 in)

Wheelbase: 1275mm (50.2 in.)

Seat height: 760mm (29.9 in.)

Ground clearance: 145mm (5.7 in.)

Dry mass: 104kg (229 lbs.)

ENGINE



Type: Four-Stroke, Oil-cooled, DOHC, TSCC

Number of cylinders: 1

Bore: 57.0mm (2244 in.)

Stroke: 48.8mm (1.921 in.)

Displacement: 124.5(sm) (7.6 cu. in.)

Corrected compression ratio: 10.4:1

Carburetor: MIKUNI BS26SS

Air cleaner: Polyurethane foam element

Starter system: Electric and Kick

Lubrication: Wet sumpTRANSMISSION

Clutch: Wet multi-plate type

Transmission: 5-speed constant mesh

Gearshift pattern: 1 down 4 up

Primary reduction ratio: 3.500 (70/20)

Final reduction ratio: 3.071 (43/14)

Gear ratios, Low: 2.750 (33/12)2nd: 1.785 (25/14)3nd: 1.368 (26/19)4th: 1.095 (23/21)5th: 0.913 (21/23)

Drive chain: D.I.D. 428DS, 122 links

CHASSIS


Front suspension: Telescopic, coil spring, oil damped

Rear suspension: Swinging arm, coil spring, oil damped

Steering angle: 45 degrees (right & left)

Caster: 24 degrees 45 degrees

Trail: 60mm (2.36 in.)

Turning radius: 2.6m (6.6ft)

Front brake: Disk brake

Rear brake: Drum brake

Front tire size: 70/90 - 17 38P, tube

Rear tire size: 80/90 - 17 44P, tube

ELECTRICAL



Ignition type: Digital DC-CDI

Ignition timing: 5 degree B.T.D.C. at 1500 r/min

Spark plug: NGK CR8E or DENSO U24ERS-N

Battery: 12V 14.4kC (4Ah)/10 HR

Generator: Flywheel magneto

Fuse: 20AHeadlight: 12V 30/30W

Turn signal light: 12V 10W

Brake light/taillight: 12V 18/5W

Speedometer light: 12V 1.7W

Turn signal indicator light: 12V 1.7W

Neutral indicator light: 12V 1.7W

High beam indicator light: 12V 1.7W

CAPACITIES



Fuel tank: 4.6 L (1.2/1.0 US/lmp gal)

Engine oil, without filter change: 1000ml (1.1/0.9 US/lmp qt)with filter change: 1200ml (1.3/1.1 US/lmp qt)

Front suspension oil (each fork): 55ml (2.2/1.9 US/lmp oz)”


















Motor ni akan menjadi salah satu lagenda seperti LC350 di suatu hari nanti kerana keunikan dan persembahan daripada Suzuki meyerlahkan sepenuh teknologi injin yang paling terkini walaupun telah dilancarkan lebih 10 tahun yang lalu namun sudah ada teknologi DOCH yang juga ada pada kebanyakan Superbike terkini dan sehingga kini belum ada motor cub di Malaysia berani mewujudkan sistem ini. DOHC ini adalah sistem camshaft berkembar yang mana satu daripadanya akan mengawal 2 injap intake dan yang satu lagi akan mengawal 2 injap exzos. Sistem pengawalan berasingan seperti ini akan memberikan flexibility untuk penalaan sistem injin yang lebih sempurna. Oleh itu kuasa maksimum dan penjimatan bahanapi mudah dicapai. Satu perkara lagi yang saya sanjung terhadap fx125 ini ialah kestabilan chasisnya untuk merempuh jalan berliku-liku, tidak seperti motor pesaing yang terdekat, fx125 akan mudah dibaringkan di setiap lipat U sekalipun sambil riang memerah throttle hingga redline.













Saya bukan pelumba trek ataupun mat rempit tapi dengan pengalaman saya memiliki beberapa motorsikal sebelum ini dan saya dapat merasa dan membezakan kelebihan yang ketara pada motorsikal kecil ini. Motor pertama saya pada usia remaja ialah sebuah Honda GL100,kemudian di awal 20an dapat Honda Raider 135, seterusnya Kawasaki KRZ150, Suzuki RG110, Kawasaki ZXR250, TLR200 dan sebuah skuter Comel. Dalam banyak-banyak motor di atas, skuter Comel adalah yang paling tak comel kerana saya pakai 4 bulan dan dia tidur 4 tahun, mujurlah saya berjumpa dengan seorang apek di Alam Megah, Shah Alam yang memang cukup sabar dengan perangai motor buatan China ini, dia menyiapkan Comel yang kondem tu dengan kos sebanyak rm500 sahaja. Tak sampai sebulan, ia jadi comot lagi, kali ini injinnya semput, tak mau lari,apek dapat tuning sikit tapi masalahnya mudah datang kembali,lagi-lagi dimasa hujan, malez le aku, dengan pemilikan Comel ini rasanya saya macam tak menunggang motor selama 5 tahun, sehingga Fx125 muncul barulah merasa macam dalam filem rempit...hu..hu..











Fx125 ni tak de la laju macam ZXR atau pun tak seperti pecutan KRZ yang pernah saya 'bikin' dulu tapi saya rasa dia ada potensi yang cukup sekadar hendak menghirup udara kotor di Lembah Kelang ni sambil mengaibkan cub-cub yang dibangga-banggakan sangat oleh mat-mat rempit. Setakat ini belum ada projek untuk membelek2 motor ini sebab saya sibuk dengan upgrading LancerSR20DET milik saya yang bakal menerima bahan-bahan overdose 500hp untuk saya boleh berjinak-jinak kepada Sepang Drag Battle. Moga-moga ia akan merintis kepada dunia motorsport , jauh sekali untuk memenagi perlumbaan tapi lebih kepada menimba ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, saya ada idea untuknya.....nah saya kongsikan bersama........





UPGRADE UNTUK myFX125




Upgrade CC: bore maximum akan menjadikannya 147@150cc ataupun tukar je blok 150 dan rebore lagi, dapat 175 tak????

















High Cam: melebarkan sedikit sebanyak powerband























Upgrade spark: MSD kata 46kV tapi yang moto punya boleh sampai 65KV, betul tak betul aku cuba dulu.Mungkin juga mennimbangkan CDI boleh laras.























Upgrade Fueling: any flat slide will do...ni biasa dalam upgrade power dan yg penting jetting kit kena sedia dulu










Tebuk exzos: Tebuk ke? tukar pun ok, yang ni penting untuk lega kan pernafasan injin


















Sebelum apa-apa klac plet dah tunjuk malas, terpaksalah saya melawat kedai sparepart Honlid kat OKR tapi dia cuma ada FCC sahaja dan ini memaksa saya menemui En. Rosli kat Suzuki Glenmarie untuk mendapatkan parts SGP(Suzuki Genuine Parts). Kebetulan pula batang folk depan dah berkarat, kenalah beli sekali...tengok kat gambar tu...barang ori ni boleh tahan lebih dpd local or buatan negara jiran , tu la sebab elok pakai motot Suzuki, barang banyak oem Japan. Motor-motor lain mana buleh dapat, asyik2 dapat barang ori tapi dari negara jiran punya...

Set Klac SGP RM170 daripada model TXR

SGP Inner tube & oil seal dapat RM195






Ni pula helmet anak saya, kena beli yang ada cop sirim sebab kat TV dah cakap, lagi pun budak2







saya ni tau aje nak bertanya, helmet ni mana sirimnye Ayah? Susah pulak nak cari dia ni, banyak kedai jual helmet mainan aje,ultraman la..mcm2 man la...yang ni dapat RM40 aje.



















Kat negara jiran, model abang2 kepada fx125 namanya Satria FU150 dan




satu lagi Raider 150
















Di Malaysia, akan masuk pada tahun 2009, tunggu aje lah, hebat gak ...













Ada sket video, mari la tengok!

















































Klawang Ride 240208 Stage 3 - Onboard Eris Fx125
Uploaded by Effy14





















































7 comments:

Riduan Fixxer said...

Salam bro... Fx125 ni sdp x bwa jlan jauh lpas dh modified?

Unknown said...

Spare part motor ni masih ada x bro

suzuki fx125 said...

Spare parts masih ada di seluruh Malaysia.

suzuki fx125 said...

Stkt upgrade ke 150cc mmg sedap sbb tiada mengubah fizikal dlm enjin. Tapi upgrade extreme sehingga 250cc atau lebih mmg kene jd rider ala racer sket la. Sbb piston, head dan crankshaft dh customized. Kalo x sabar menghadapi pelbagai pblm adalah lebih baik beli motor yg mmg dh cc besar. R&D bukan mudah selalu mudah.

Zul said...

Salam saudara , nak tanya . Fx125 ni masih sedap dipakai tahun ni ke? Kalau tapau rs150r atau y15 celah gigi ke? Hahaha gurau² . Nak tanya kedai di Sg Way tu belah mana ye? Sebab saya duduk area sg way juga. Teringin pakai fx untuk kegunaan ke tempat belajar .

Syahril Rizal said...

Salam.. motor ni DNA Suzuki sebenar sebab tahun 1999 dah keluar cub enjin DOHC pengeluar motor jenama lain belum ada lagi. bayangkan meter digital tu Suzuki FXR150 dah guna dulu sebelum baru-baru ni Y15 v2 guna. setahu saya motor standard pun boleh dapat top speed 160km/j.

nak beli motor ni
pastikan motor tidak pernah accident teruk (kerangka tak belok) dan wiring dalam keadaan baik (motor lama)

Farris firdaus said...

sedap bos,sbb dia ada cooler untuk minyak hitam.so dia tk rasa something time bawa jalan jauh