Wednesday, November 20, 2019

ADJUSTABLE CAM GEAR

ADJUSTABLE CAMSHAFT GEAR
Untuk model fx125 dan juga fxr150(untuk pengetahuan  model fxr150 ini  banyak share engine parts dgn fx125) agak sukar untuk mendapatkan adjustable cam gear ini maka jalan terbaik kenalah tempah di machine shop, walau bagaimana pun, orang machine shop kata benda ni sangat keras, mata utk memotong sangat mahal, kalau patah lagi banyak hal..😁 Jadi kenalah buat sendiri, ada kawan cakap boleh potong guna diamond burr, kerana lambat dapat pembelian yg jenis itu saya beli jenis tungsten burr yg sudah tersedia  di  kedai hardware, made in England kot, kena gak rm60 sebiji. Dengan harga ni dah dapat buat lonjongkan 1 lubang, tp dalam 1 camshaft ada 2 lubang, bererti 1 enjin DOHC  semuanya  harus ada 4 lubang. Kalau ikut kiraan kosnya rm60x4 = rm240, harga merepek ni..maka tunggulah pembelian diamond burr tu sbb ada orang kata diamond burr 💯 kali lebih baik dari tungsten burr, entah la betul ke tidak..🤔
Dalam gambar di atas tu yang dah siap ialah cam gear belang R, bezanya  dengan gear fx125 ialah ketebalannya kerana timing chain belang R lagi halus dari fx125. Ada baiknya guna yang ini  kerana ia sudah tersedia di pasaran  dan murah pula tu. Bayangkan harga 1 pemotong  di engineering shop boleh beli 6 adjustable cam gear belang R yang dah complete siap..! Ini satu adalah option baik untuk fx125 lagi pun racing cam belang R juga banyak di pasaran sekarang. Cuma ketahanan bahan agak berbeza antara fx125 dan belang R. Nanti saya cerita apa parts yang  kita perlu untuk aplikasi adjustable cam gear belang dalam fx125.......bersambung

No comments: